Pages

Subscribe:

ShoutMix chat widget

Senin, 14 Februari 2011

Tips Kejayaan MLM

how-to-mlm

MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI RAKAN NIAGA YANG DINAMIK

Bagaimana caranya?

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri

1. Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang 2. Perlu yakin dan berani, “Anda boleh sebab anda berani”

Memiliki sifat penyabar

1. Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya. 2. Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.

Memperuntukkan masa

1. Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. 2. Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.

Mempunyai kemahuan

1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 2. Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.

Berkerja dengan bijak

1. Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya. 2. Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!

Membina imej professional

1. Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna

Bersedia untuk menyukai orang

1. Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda. 2. Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.

Menjadi peramah dan cepat mesra

1. Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut 2. Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.

Bersedia untuk belajar dan mengajar

1. Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran. 2. Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda. 3. Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.

Menyediakan bahan asas

Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:

1. Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada. 2. Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan 3. Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.

Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran

Sumber : Group Dunia Herba HPA

0 comments: